Wednesday, May 18, 2005

This coming weekend

Weekenn ni nak pergi sini

Thursday, April 28, 2005

Geram

Ini salah sendiri. Aku yg selalu tak sabar. Blogspot tgh dok in progress publish, aku rasa nak tukar s'thing. Aku tak sabar, aku clicked edit post. Volla! Everything's gone!!!! Aku tulis byk pulak tu ari nih.. geram.. geram.. dan sekarang aku dah malas nak tulis semula. Nanti ler kalu aku rajin. Sebab sekarang ni dah nak pergi buat kerja. I just allocate about 15 min of my time on blogging. Chow!

Wednesday, April 27, 2005

Kaya Puff

Malam ni seperti routine biasa, lepas anak2 besar tidur 9:30 pm, rehat2 sambil tengok tv our fav. channel. Hanna pun join sekali. Malam ni tidur lewat pulak dia. Agaknya nak spend more time with mommy sebab tadi mommy pergi seminar pukul 7 pm baru balik rumah.
Sambil lepak2 teringin pulak nak makan benda manis2. Dlm fridge ada frozen pastry puff. Potong besar tapak tgn, lepas tu masukkan dlm oven. Bila dah golden brown keluarkan dan divide each puff and stuff with kaya kat tengah. Siap! Very easy and simple snack.

Sunday, April 24, 2005

Apam balik terbalik jadi corn soup

Pagi ni bangun awal skit dari pagi Sabtu yg biasa. Buat pancake dekat Amanda dan Faris. Pastu lepak depan internet sambil layan Shanana (pet name for Hanna). Abg masih beradu.
Tgh hari abg pergi office, grading exam. He said don't need to worry about his lunch. He'll get s'thing from mc donald. Ahhh.. lega. Anak2 senang jer, rebus telur pastu siram dgn kuah kurma yg memang dah siap. Simpan kat frozen compartment apa2 kuah yg left over. Nanti utk guna bila emergency.
Teringin pulak rasanya nak makan apam balik. Senang jer buat apam balik, guna tpg pancake utk buat batter. Mujur ada sedikit raw peanuts dlm fridge. Goreng. Pastu bukak tin jagung yg memang dah ada dlm pantry. Rupanya jagung tu jenis jagung yg siap direbul dlm air.. bukan jenis dlm cream. Tak best ler kalu nak buat apam balik guna jagung nih... Mujur ler batter tak dibancuh lagi.
Last2 1/3 dari jagung tu dimakan begitu sajer.. dan separuh lagi buat soup ala tibetan. Ini resepi yg diubah suai utk selera sendiri:

Saute' onion and garlic. Add in paprika and chopped tomato. Ketepikan. In a soup pot, cairkan mentega pastu masukkan 1-2 tbs tpg gandum (ikut kepekatan yg disukai). Bila tpg dah brown, masukkan air (kalu ada chicken stock lagi bagus) dan jagung dan bawang yg ditumis tadi. Kalu suka masukkan susu segar. Pastu masukkan dried basil (yg fresh pun tak apa). Basil ni Campur garam secukup rasa. Boleh makan dgn fresh bread atau garlic bread atau begitu sajer.

*Boleh guna jagung dlm tin yg siap direbus atau jagung dari cob.

Senang jerrrr....

Saturday, April 23, 2005

Routine pagi Jumaat


Hari ni, cam biasa ada kelas pukul 8 am. Tapi Amanda ada class violin pukul 7:30 am. Selalunya violin class cuma seminggu sekali. Since next week ada concert, they need to have extra practise. Lepas hantar Amanda, terus ke kelas. Malas nak pergi parking kat Colliseum, pastu kena ambil PRT (personal rapid transit) pulak utk ke Health Science Building. Tanpa fikir panjang, campur tawakkal, pergi park dekat WVU* MedicalCenterAppartment. Mujurlah.. tak kena saman ari nih. Ni dah kira my second time park kat situ.

Lepas tu pergi seminar, hari ni GSO* journal club presentation. 3 speakers. Sumernyer ok. My turn was last week. Next week ada award day. The best presenter will be awarded. Ada can ker aku dpt award? Huwallahu a'lam.

Ari ni Jumaat, rasa nak balik awal skit. Tapi byk kerja bertambun. Lepas meeting dgn advisor kelmarin... cuma 2 out of 8 action items (research related) aku langsaikan. Kira not bad ler jugak. :) Maybe the other 6 items will be brought forward to next week. My first priority this weekend is to do the take home exam yg dpt from my 8 am class tadi. Next week ada 3 more times for me to attend that st_ _ _d class. Ada ker buat class pukul 8 am. Tak logic langsung! (I mean for me!)

Hari ni nak masak apa yer????

Thursday, April 21, 2005

My baby

This morning was my last 8am class. Thanks god! Syukur alhamdulillah.. it's over and I am proud of myself and the whole family (really, it affected averybody) that we made it!

Cam biasa terlewat bangun, itu pun Amanda yg kejutkan. Mana nak buat lunch utk Amanda & Faris, mana nak ikat rambut Amanda (sebab dia ada presentation/concert violin today kat sekolah dia). Tapi aku dpt siapkan sumer dan abg antar aku ke kelas. (Aku tak drive sendiri sebab aku nak balik pulak lepas kelas - nak balik mandi!). Selalunya bila aku ada kelas pagi, aku drive sendiri dan abg drive keter lagi satu antar Hanna ke daycare sebelum abg ke sekolah. Lepas abih kelas, aku pergi buat appt kat dentist (university dentist). Kelas yg aku ambil ni pharmacy course so it was held in Health Science Building. Alamak! Unfortunately ada opening for tomorrow 8:45 am. Sebab ada org canceled appt dia. Kalu aku tak nak time ni, aku kena tunggu June 30. So terpaksa ler aku accept tomorrow appt. Aku ni memang penakut sesangat dgn dentist. Aku hanya ada beberapa jam utk be mentally prepared!
Lepas buat appt kat dentist, cam biasa pukul 9 am abg dah tunggu kat luar (pick me up). Balik rumah, pack lunch utk kami berdua dan mandi. Hanna sedap jer tidur dlm car seat dia, dari abah pergi ambil mommy sampai ler mommy siap semuanya. Hari ni buat sandwich beef 'kebab'(Semalam b4 tidur aku marinade daging). Ini resepinyer:

Potong daging nipis2 (elok dipotong semasa daging still frozen).
Marinade daging yg dipotong dgn cummin powder, black pepper and salt.

Panaskan olive oil. Masukan daging yg dah diperap, goreng sekejap (almost garing). Pastu masukkan diced onion. Goreng lagi sampai onion layu dan daging agak garing sedikit. Masukkan chopped parsley. Tutup api. Letakkan roti pita di atas daging dan tutup pan. (This is to make pita bread to absorb flavor from the beef and another reason is to soften the bread).

Yogurt and garlic sauce: Whisk fat free plain yogurt with salt, a tsp of olive oil and ground garlic.
(boleh di simpan dlm fridge kalu tak abih). Kalu suka boleh masukkan sedikit mayonaise.

Serving: Masukkan daging dlm pocket roti pita. Letak sedikit yogurt sauce dan diced tomato.
Sedia utk di makan.

Tuesday, April 19, 2005

Basuh rumah

Hari ni baru nak start basuh rumah. Yelah.. rumah baru mana tak banyak habuk.

Rumah baru

Rupa2nyer dah lama aku beli rumah nih..sekitar Fall 2004. Dah hampir setahun. Entah macam mana boleh terlupa pulak. Mana tak lupa rumah yg diduduki pun jarang2 dikunjungi.